Photobucket

Jumaat, 25 Februari 2011

PELAJARAN BARU HARI INI.... (^_^)

PEMBELAJARAN KOOPERATIF...

>satu model pengajaran dimana pelajar belajar dalam kelompok-kelompok kecil (antara 4-6 orang) yang memiliki tingkat kemampuan yang berbeza.
>kaedah pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam satu kumpulan kecil untuk mencapai matlamat yang sama.
>ia menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan.

(5 unsur asas dalam pembelajaran kooperatif)
  • saling bergantung antara satu sama lain secara positif
  • saling berinteraksi secara bersemuka
  • akauntibiliti individu atas pembelajaran itu sendiri
  • kemahiran sosial
  • pemprosesan kumpulan
>kaedah ini juga bermanfaat untuk melatih pelajar menerima perbezaan dan bekerja dengan pelajar lain yang berbeza latar belakang.

PEMBELAJARAN KOLABORATIF....

>pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran kooperatif. Apabila pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama , saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.
>kedua-dua strategi ini memerlukan pelajar aktif
>dalam kedua-dua situasi juga, guru berperanan sebagai fasilitator
>dalam bilik darjah kooperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid.
>kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.

(CIRI-CIRI UTAMA)
  • pencarian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid. Contoh, maklumat hasil carian internet dikongsi bersama.
  • perkongsian kuasa antara guru dan murid-empowerment kepada murid menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh guru, menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti menggunakan pengurusan grafik dll.
  • guru sebagai mediators- bantu murid megaitkan maklumat baru yang diperolehi daripada usaha kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan kepada situasi baru.
  • kewujudan personaliti dan harga diri yang positif hasil perkongsian maklumat.
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF

> hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat pembelajaran serta aktiviti dalam PK adalah menyeronokkan.
>beliau juga mendapati pendekatan PK dapat membantu dalam membentuk nilai murni, mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik dikalangan murid.
>menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan dalam PK ialah murid dilatih untuk berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan,semuanya merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia pada masa depan.

KONSTRUKTIVISME

> proses pengajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan di susun dalam minda manusia.
>juga dikenali sebagai fahaman 'binaan".
>unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran diperingkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
>mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina suatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.
>beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna bermula dengan pengetahuan.
>John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan.
>beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

PEMBELAJARAN PENEMUAN/ 'DISCOVERY LEARNING'

>pelajaran berasaskan inkuiri (teori pembelajaran konstruktivis) yang berlaku dalam situasi penyelesaian maslah dimana pelajar menggarap pengetahuan atau pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru.
(pelajar memikirkan sendiri jawapan/penyelesaian kepada masalah)

(TUJUAN)
  •  mengajar bagaimana berfikir dan mencari maklumat bagi diri sendiri.(tidak bergantung kepada guru sepenuhnya)
  • memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperoleh. (mengumpul, menyusun, menganalisa dll.)
  • menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.
(CIRI-CIRI)
  • guru wujudkan suasana dan bimbing pembelajaran yang melibatkan pelajar menemui pengetahuan dengan sendiri.
  • menggalakkan pelajar berfikir secara mendalam.
  • penglibatan dan interaksi pelajar yang tinggi.
  • pelajar menerima cabaran untuk mencari pengetahuan sendiri.
>menuru Brunner, penemuan pembelajaran tidak terhad pada benda/objek yang belum diketahui oleh manusia, tetapi meliputi sebarang aktiviti yang menggunakan otak dan usaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu ilmu.
>menurutnya lagi, dalam bukuny (The Art Of Discovery, 1996), kaedah pembelajaran penemuan sememangnya dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan minat pelajar dalam pembelajaran serta membantu perkembangan potensi intelek, pemikiran kritis dan kreatif individu jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan