Photobucket

Rabu, 23 Februari 2011

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK)

DEFINISI BERFIKIR....

~Terdapat banyak definisi berfikir dan kesemuanya dirangkumkan menjadi satu definisi iaitu proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang dialami.
~Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap/nilai dalam minda individu.

KBKK....
(KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF)

(TUJUAN KBKK)
~Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.
~Menghasilkan idea/ciptaan yang kreatif dan inovatif.
~Mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru,bercelaru kabur dan sempit.

(KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS)
~Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
CONTOH KB KRITIS:
~membanding dan membeza
~membuat kategori
~menerangkan sebab
~membuat ramalan

(KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF)
~Kecekapan menggunakan minda untuk:
  • menjana dan menghasilkan idea
  • mencipta sesuatu yang baru, asli, pelbagai dan bernilai
  • menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif
CONTOH KB KREATIF:
~mencipta analogi
~menjana dan menghasilkan idea baru
~mencipta metafora

(CIRI-CIRI PEMIKIR YANG BIJAK)
~sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
~kesediaan mengambil risiko dan cabaran
~mahir dalam menyoal
~dapat mengubah konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan
~cekal melaksanakan tugas

KAEDAH GABUNG JALIN....

~Tumpuan yang seimbang  antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi.
~(penggabungjalinan): proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.
~antara kemahiran asa yang dimaksudkan ialah:
  • mendengar
  • melihat
  • bercakap
  • membaca
  • mengira
  • melukis
~kaedah gabung jalin adalah lebih bermakna daripada pengajaran secara tradisi dimana pelajar hanya mendengar dan mencatat isi penting sahaja.
~ ia memberi ruang kepada perkembangan dan pertumbuhan minda pelajar secara menyeluruh

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI....

~Penerapan menurut Kamus Pelajar ialah hal atau perbuatan menerapkan sesuatu teori atau hal mempraktikkan.

(16 NILAI-NILAI MURNI)
  • BAIK HATI
  • KERJASAMA
  • KESEDERHANAAN
  • KESYUKURAN
  • KEBERANIAN
  • BERDIKARI
  • HEMAH TINGGI
  • HORMAT MENGHORMATI
  • KEJUJURAN
  • KEBEBASAN
  • RASIONAL
  • KEADILAN
  • KERAJINAN
  • KASIH SAYANG
  • KEBERSIHAN MENTAL DAN FIZIKAL
  • SEMANGAT BERMASYARAKAT
PERBEZAAN (PENDEKATAN, KAEDAH, STRATEGI dan TEKNIK)....

(PENDEKATAN)
~ia merupakan sesuatu yang paling global dan paling abstrak
~pandangan, pegangan, pendirian dan falsafah adalah unsur-unsur yang digunakan bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara.
~pendekatan sesuatu pendekatan itu hanya boleh dilihat dan dinilai selepas dilaksanakan secara emparikal. (pengajaran bahasa di bilik darjah)

(KAEDAH)
~cara yang digunakan dalam sesuatu proses pembelajaran
~dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran sesuatu kemahiran seperti membaca.
~dilaksanakan untuk menyokong pendekatan mengajar untuk menjayakan sesuatu teori bahasa.

(STRATEGI)
~menurut Kamus Dewan(1998), rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat
~dalam pendidikan: kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
~strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih ,menyusun dan mengurus sesuatu dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.

(TEKNIK)
~cara yang lebih khusus atau spesifikynag digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran /aspek bahasa
~teknik dicipta untuk membantu guru-guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.

TEORI BAHASA->PENDEKATAN PENGAJARAN->STRATEGI PENGAJARAN->KAEDAH PENGAJARAN-> TEKNIK PENGAJARAN

sekian... (>_<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan