Photobucket

Khamis, 10 Februari 2011

DEFINISI SENI 2

.
Ø  Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni
membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipisdan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.

Ø  Manakala seni, II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain.lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan,dan hasil daripada sesuatu ciptaan.


Ø  Seni juga boleh ditafsirkan sebagai membawamaksud atau pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya yang indah-indah belaka.

Ø  Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996:453), ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancainderamanusia sama ada melalui penglihatan ataupendengaran.
Ø  Menurut Ibn. Khaldun pula, “ seni itu adalahkebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di
dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika.”

Ø  Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).

Ø  Menurut buku M.A.J. Beg, Fine Arts in Islamic Civilization (1981:10): menyatakan seorang pemikir Islam iaitu Imam al-Ghazali memperkatakn bahawa, “seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan” ia lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain. Beliau menjelaskan lagi bahawa terdapat kecantikan dalaman yang diterangkan berdasarkan beberapa penjelasan seperti kefahaman mendalam terhadap seni Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan